Biography zurinah hassan
Zurinah Hassan
Datuk Dr. Zurinah Hassan (lahir 13 Jun 1949) merupakan salah seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah, dan telah menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel.
Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sambilan, sebelum memutuskan untuk meletak jawatan bagi memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat beban kerja.
Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak berusia 12 tahun lagi. Zurinah turut cuba mengetengahkan persoalan sejagat dalam tulisannya termasuk puisi mengenai gejala melepak di kalangan remaja pada tahun 1990-an. Zurinah turut menghasilkan sebuah buku Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi, penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zurinah Hassan dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) sempena Ulang Tahun Hari Keputer